krisis subprima…

November 8, 2008

yooo..bertemu kembali…

seperti yang disebut lepas2 dulu lar… dunia kini menghadapi pelbagai jenis krisis…dan semuanya sudah tentulah ke arah membinasakan “ketamadunan” dan “kemajuan” yang telah kita capai pada hari ini.Jadi krisis yang sering diperkatakan pada saat ini,yang sering menjadi bualan di media,yang sering dibangkitkan dalam forum2 antarabangsa, sudah tentunya tidak bukan ialah krisis subprima..yeaaa…

Percaya atau tidak ramai yang mengetahui tentang krisis kewangan dunia ketika ini tetapi,,,,perkataan “tetapi” di sini membawa maksud tahukah kita sebenarnya mengenai apa yang dimaksudkan mengenai krisis subprima ini?Memang tidak dinafikan masih ramai lagi yang masih ternganga-nganga malah terkedu apabila ditanya apakah krisis ini sebenarnya.Krisis yang mendapat liputan media keseluruhannya, yang mendapat perhatian di forum-forum malah konvesyen sedunia pada ketika ini.

Jadi,sebagai salah seorang rakyat,atau penduduk dunia ketika ini perlulah kita sebagai orang yang berilmu,orang yang terpelajar mengetahuinya agar kelak krisis ini tidak mengganggu periuk nasi kita yang selama ini asyik leka berhibur dengan duit yang melimpah ruah ketika ini.kuang2…

Mengulas isu ini dengan terperinci bukanlah dalam bidang mahupun kemahiran penulis yang macho ini, kerana penulis bukanlah mengambil jurusan international business atau yang sewaktu dengannya tetapi hanyalah kejuruteraan elektrik dan elektronik semata-mata.kuang2.. krisis subprima atau dalam bahasa inggerisnya “subprime crisis”mengambil nama sempena subprima-subprima di Amerika syarikat atau dengan lebih jelas lagi krisis ini diakibatkan oleh rakyat Amerika ini sendiri. Nama asalnya subprime mortgage crisis iaitu diakibatkan daripada cagaran-cagaran pembelian rumah oleh firma-firma di Amerika syarikat kepada rakyat-rakyat mereka sendiri. Peluang memiliki rumah-rumah yang terbuka luas kepada rakyat2 amerika ini disbabkan ekonomi yang begitu kukuh dirasakan,sistem kewangan yang stabil sehingga kajian mendapati purata setiap keluarga di amerika syarikat mempunyai hampir 13 kad kredit dan faktor terbesarnya ialah “housing bubble” di amerika syarikat sekitar tahun 2005 dan 2006. Pada awal tahun 2005, harga rumah di amerika adalah yang paling tinggi dalam sejarah dan menurun secara mendadak pada 2006. Ini kemudiannya menyebabkan rakyat amerika yang dulunya rakus membeli rumah-rumah tersebut mengalami kerugian disebabkan harga rumah yang jatuh secara mendadak.Impaknya dapat kita lihat melalui “foreclosure” ataupun penarikan hak milik terhadap rumah-rumah disebabkan pemilik mengalami kerugian dan tidak mampu  kerana harga rumah tersebut jatuh jauh lebih rendah berbanding nilai  “mortgage” ataupun nilai pinjaman yang diberikan oleh syarikat2 mortgage terhadap pemilik2 yang membeli rumah2 tersebut. ketidakmampuan rakyat2 amerika membayar balik pinjaman tersebut menyebabkan syarikat-syarikat mortgage mengalami kerugian yang amat besar.

kisah ini bukan berakhir di sini…kerana isu ini masih lagi kompleks memandangkan persoalan2 berikut ; mengapakah masalah yang berlaku di amerika syarikat menyebabkan dunia juga menghadapi masalah kewangan?, apakah kaitannya kerugian syarikat-syarikat mortgage dengan dunia?, apakah yang menyebabkan nilai perumahan di amerika turun secara mendadak?, kenapakah badan-badan yang bertindak tidak memantau proses ini?…

yang pastinya kisah ini amat menarik yang akan kita bincangkan dalam isu akan dtang..yea2…

krisis hari ini..

November 5, 2008

Dunia oo dunia..menghadapi pelbagai krisis yg menjangkaui pemikiran kita..bukan setakat krisis politik di negara kita,malahan pelbagai krisis yang melanda dunia hari ini.Krisis oo krisis.krisis makanan dunia,.krisis islam dan barat belum reda lagi,ataupun lebih spesifik lagi, krisis Islam dan amerika belum berakhir lagi,korea utara dengan amerika,iraq dengan amerika,afghanistan dengan amerika,dan macam-macam lagi krisis yang kita lihat hari ini.ketamakan kuasa-kuasa besar dunia hari ini menambahkan lagi penderitaan penduduk dunia hari ini.sehingga tekanan hidup dirasai di mana-mana sahaja.Baik di negara maju ataupun di negara miskin,baik negara membangun atau negara dunia ketiga. Ini belum lagi dikaitkan dengan krisis bencana alam sekitar yang mengorbankan puluhan ribu malahan jika dihimpunkan hampir mencecah angka juta.Dunia hari ini penuh dengan cabaran,seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang dicapai oleh tamadun manusia hari ini tetapi perlu kita ingat kemajuan tidak akan datang jika bukan seiring dengan permasalahan yang kita hadapi hari ini. Dari mana datangnya semua krisis dan masalah hari ini?pernahkan kita terfikir?mengapakah generasi yang hidup sebelum ini tidak mengalami krisis yang kita hadapi hari ini?SIAPA KATA!!….cukuplah perang dunia pertama dan perang dunia kedua yang mengorbankan puluhan juta manusia.Dan jika itu ialah krisis maka sebenarnya ia lebih teruk dari krisis pada hari ini. Namun, harus diingat jika krisis pada hari ini tidak ditangani dengan segera, maka ia akan merebak menjadi krisis yang lebih buruk lagi jika dibandingkan dengan awal abad ke-20 dahulu. Jadi krisis yang ingin diperkatakan di sini ialah krisis kewangan dunia memandangkan inilah krisis yang sering diperkatakan oleh semua pihak masa kini, krisis yang tentunya akan memberi satu impak paling besar pada kehidupan manusia di awal abad 21 ini. Semua pihak membincangkan krisis ini.Baik di ceruk mana sekalipun,hatta penduduk paling utara di muka bumi sehinggalah paling selatan bumi ini,kerana kita semua bakal menerima tempiasnya. Membincangkan isu ini dengan lebih lanjut di dalam keluaran yang akan datang..yea2..

Ah dia, mengingatkan aku kisah beribu tahun dahulu. ketika waktu aku mula mengenal  kejadian alam itu.Dan dia datang sekali lagi kepadaku..ketika waktu itu kisah manis bersamanya hampir luntur.Jiwa yang tidak tenteram,hati yang berkecamuk sekali lagi menghantui jiwaku.Jiwa yang selalunya tenang apabila jiwa yang lain mengamuk.Baran,bengang,dendam,ah!!!..perasaan yang tidak layak bertakhta dalam…… dalam kemegahan diriku.Dan sekali lagi aku mungkin tertewas,bercampur baur perasaan itu,tatkala mula mengenalimu jiwa itu bagai dilanyak,dihentam,dihiris halus-halus.oh…ungkapan apakah selayak yang patut aku lontarkan padamu.Aduh..jika aku tahu siapakah engkau..jika aku kenal apakah unsurmu..maka tidak perlu aku biarkan ia bersebati lalu bergabung membebaskan cahaya yang menyilaukan pandanganku..Andai aku tahu itu yang akan kau lakukan,maka aku lemahkan beza upaya antara kau keduanya…ah biarkan apa yang terjadi..siapakah kau dan di manakah..langsung bukan persoalan walau keduanya bagiku…

apabila aku ada…

September 17, 2008

pergi mencari nasi ayam di kedai sushi..

si cashier bertanya dgn penuh misteri…

lalu diterjemahkan ke dlm bahase ibunda kami..”adik, cari ape disini?”…

kami tergamam….sejenak kami berfikir,lantas kami menjawab..lalu diterjemahkan ke dalam bahasa kami,”eh..bukan dekat sini kedai nasik ayam ke?”…

kami mulai kepeningan..kanji yang dipelajari langsung tiada membantu,lalu kami membisu kembali…,”ah,wat should we do rite now”.. getus hati kecil aku sambil memikirkan kata apakah yang sesuai diucapkan di hadapan bangsa bekas penjajah kami selama 3 tahun setengah itu,lalu aku mendapat satu idea yang cukup licik sekali.

“kami di sini pengembara yang mencari jalan pulang,singgah di sini kerana ternampak lukisan ayam panggang di pintu kedai ini”,balasku dengan penuh yakin.

“oh,ye ke.kedai ini memang menyediakan sushi dan makanan panggang,tapi babi panggang je dik”.cashier itu menjawab dengan penuh yakin…

“damn shit!…dasar pemakan babi,eh..kalo ayam pun bukan aku bleh makan..”,baru die teringat dan dengan penuh kesal die melangkah keluar dari kedai sushi tersebut..

ingin terbang di langit biru…

September 14, 2008

bunyi irama mengangkat aku tinggi..

memecah deraian air hujan dengan simfoni indah…

muncul di sebalik tirai yang gelap penuh kekusutan…

membuang aku jauh…ke sudut dunia…

tidak mungkin dilihat malah dipedulikan…

siapakah mereka yang menghukum…

salahkah mereka  yang dihukum..

dan..langit biru luas terbentang masih menanti..

menunggu untuk dibebankan dengan hukuman itu..

kerana ia masih setia menghamparkan cahayanya ..

bagi mereka yang sentiasa mengharapkannya..

pekerjaan baru itu…

August 13, 2008

pekerjaan itu mulia.pekerjaan itu ialah suatu titik peluh seorang manusia mendapat rezeki.halal atau haram rezeki itu menjadi jarak pengukur,menjadi tiang tunggak usaha seseorang.jadi..pernahkah kita terfikir,haram atau halalkah rezeki yang dicari itu…..

deim..aku nk gi mkn jap..smbgn selpas ini..

life and love

July 28, 2008

eternity and serenity…
those what human claims for life..
so love?
where should it be?
far away from hatred…
deep into human heart…
unseen and discrete…
maybe thats love…
maybe thats loneliness…
maybe thats just mere feeling…
of what composes human parts…

so life and love…
again why just they are not easily given to them..
even gifted one would find it hardly…            
even a devotee would never be able..
just to conquer what unite them..

so life and love…
do they come separately..
or partly we can find them…
even so it would not be perfect anymore…

for those who desperately…
just to hope
eventually…
here it is…
life and love..
are the words of together…

basikal diangkutt!!!>

July 25, 2008

ari ni akibat meninggalkan basikal di merata2 tempat ia telah diangkut oleh majlis bandaraya noda…ahakszzz…rupanya dia diletak di dlm pagar di belakang stesen ketapi..ghahahah

esok cuti ntok stadi..

July 22, 2008

dan syukur aku telah berjaya menyempurnakan 2 kertas exam dgn tenang,tapi apa yang ditakuti ialah kertas2 yang akan datang selepas ini dan masih 12 kertas untuk dihabiskan lagi.Oh, perjalanan ini masih panjang! tapi ia masih belum boleh disamakan nilainya dengan perjalanan hidupku selama 20 tahun ini,jadi ia sedikit sebanyak memberikan aku kekuatan dan harapan mungkin untuk 30,40 tahun akan datang lagi.
dan nyata sekali peluang masa malam ini dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah lagi!.erm nasi sudah menjadi bubur dan bubur tidak akan menjadi pejal kembali walaupun dikeringkan dengan seterik mana cahaya matahari sekalipun.pandanglah ke hadapan kerana sinar dan cahaya itu terdapat di masa hadapan yang akan dilalui.Mungkin esok,mungkin lusa,mungkin dan mungkin ..itulah persoalan yang sering bermain di benak fikiran insan biasa..Ah..lupakan ia kerana aku dan kamu juga biasa.
Dan jam di laptopku menunjukkan pukul 2.52 am…angka yang sama tertera di jam locengku…mungkin menunggu sedikit lagi untuk subuh adalah lebih baik bagiku.
membunuh masa adalah tidak wajar di waktu peperiksaan seperti ini..jadi buku-buku yang berselerak di mejaku itu adalah lebih baik disentuh dan dibelek-belek.mungkin masih ada lagi sinar bagiku dengan input-input yang terdapat di dalamnya!!..

送配電工学。。
begitulah name exam ku pada esok hari.secara keseluruhannya.subjek ini adalah berkisar tentang penyebaran atau penghantaran kuasa elektrik dari jana kuasa ke rumah kita..baik di kilang..atau kemana sahaja..merentas hutan belantara..lautan yang luas..atau selagi manusia termampu dan terdaya.

untuk bercerita ringkas mengenai subjek ini tidaklah dapat aku ungkapkan kerana aku sendiri ponnn tidak faham sangat mengenai apa yang dipelajari. dan mengenai peperiksaan keesokan harinya,sebanyak 30 soalan telah diberikan dan dan hanya 4 soalan sahaja yang keluar di kertas untuk dijawab keesokannya.jadi secara teorinya aku telah habis menghafal 30 soalan tersebut yang banyaknya ialah satu mukasurat setiap satu soalan.adoi..betapa peritnya menghafal sesuatu yang tidak kita fahami..dan apa yang kita hafal itu bukan perkataan.tapi nombor2 yang aku sendiri pun tidaklah sehebat mana pun untuk memahaminya..jadi apa yang dapat aku buat hanyalah menghafal dan berdoa semoga aku lulus esok hari..

sekian terima kasseyyy..tido…
pijie..